PENILAIAN RISIKO ADALAH PENENTU KEPADA PKPB / PKPD DI SESUATU KAWASAN

PENILAIAN RISIKO ADALAH PENENTU KEPADA PKPB / PKPD DI SESUATU KAWASAN

Langkah mengekang penularan penyakit berjangkit Covid-19 masih dikuat kuasakan. Pihak berkuasa telah menetapkan PKPB dan PKPD di beberapa Daerah atau kawasan. Dalam masa sama, pihak berkuasa juga mewajibkan pematuhan SOP kepada masyarakat, agar penyakit ini dapat dihapuskan.




Menurut sumber media tempatan bh online dalam keratannya mencatitkan bahawa, Penentuan PKPB, PKPD berdasarkan penilaian risiko. PUTRAJAYA : Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesuatu kawasan adalah berdasarkan penilaian jangkitan COVID-19, bukan berdasarkan kod warna zon sesuatu lokaliti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melakukan penilaian risiko sebelum melaksanakan PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di satu-satu kawasan.

"Sebagai contoh, ada kawasan yang diisytiharkan zon kuning namun tetap dikenakan PKPB atau PKPD.

"Ini kerana penilaian risiko pihak kita menunjukkan kawasan berkenaan ada banyak kluster aktif atau berdekatan dengan negeri yang mempunyai banyak kes aktif.

----------------------------------------------------------




Sehubungan daripada itu, berdasarkan pada gambarajah di atas meninjukkan bahawa setiap kawasan di tandakan dengan warna merah, kuning dan oren. Namun demikian penetapan PKPB atau PKPD adalah berdasarkan kepada penilaian jangkitan dan bukannya warna ketetapan warna. 

Oleh yang demikian, kita berharap dengan langkah - langkah yang cekap ini semoga isu pendemik Covis - 19 dapat di hapuskan segera. Masyarakat dapat melakukan aktiviti harian seperti sedia kala. 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri