KUNCI KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN

KUNCI KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN

Tahukah anda berniaga adalah jaminan yang pasti untuk anda bergelar jutawan. Perkara ini telah di buktikan dalam islam, dimana 9 / 10 kekayaan adalah datang daripada perniagaan. Bak kata pepatah, "sikit - sikit lama - lama jadi bukit', Bersusah - susah dahulu bersenang - senang kemudian'. 


عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أَعْشَارِ الرِّزْقِ

Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.”

Islam amat menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu daripada caranya. Akan tetapi, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan


Sehubungan daripada itu, terdapat beberapa kunci kejayaan dalam perniagaan yang boleh dipelajari dan di lakukan semasa anda memulakan perniagaan, antaranya;

  • KEJUJURAN
Dalam kerja seharian, adakalanya diri kita dipengaruhi oleh faktor - faktor luaran atau bersekitaran yang bersifatkan negatif. Namun demikian jika anda bijak mengatasinya anda pasti akan berjaya. Dalam perniagaan, aspek kejujuran adalah amat penting kerana sumber yang anda terima adalah penentu kepada kebersihan atau kesucian rezeki anda. Hasil yang diperolehi dan dimakan akan menjadi darah daging buat selamanya. Kejujuran adalah amat penting kerana jika anda bersikap bersih, pastinya pelanggan anda akan sentiasa senang dan mengunjungi perniagaan anda. 
  • LAYANAN DAN SENYUMAN 
Sebagai seorang ushawan, anda haruslah bersifat positif dengan memberi layanan terbaik dan diikuti dengan senyuman yang mesra. Perkara ini amat penting, kerana ia adalah kekuatan kepada perniagaan anda. Pelanggan akan rasa senang hati dan terhormat serta sentiasa mengunjungi perniagaan anda. Hal ini terbukti, di mana - mana perniagaan yang telah maju, sebagai contoh, pernahkah anda mengunjung Restoran - restoran (Fast Food), pastinya dari jauh lagi, ketika anda memasuki pintu restoran berkenaan anda sudah di berikan layanan istemewa serta senyuman yang manis, sudah tentu anda rasa teruja dan gembira. Demikianlah juga, jika anda membuat perkara yang sama. 
  • BERILMU
Dalam memulakan perniagaan, anda haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap. Anda semestinya bijak dan mahir mengemudi perniagaan anda agar tidak mengalami kemerosotan yang menyebabkan bankrup. Oleh yang demikian, anda haruslah menghadiri kursus - kursus usahawan yang di anjurkan oleh sektor kerajaan atau swasta. Anda juga boleh membuat kajian sendiri dengan melihat serta menilai pesaing - pesaing lain sebagai panduan dan kunci untuk anda tahu bagaimana memulakan perniagaan. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan ilmu pengetahuan melalui saluran media sosial, seperti google, asas pengurusan dan lain - lain lagi
  • MENYEDIAKAN TIGA AKAUN UTAMA
Bagi menstabilkan perniagaan yang anda mulai, anda haruslah menyediakan tiga akaun utama, iaitu, akaun perniagaan, akaun gaji pekerja dan akaun keuntungan. Aliran tunai yang mantap, mampu mengurangkan risiko perniagaan anda ke kanca kemerosotan.

Akaun Perniagaan
Akaun ini adalah akaun pusingan modal perniagaan anda. Anda haruslah meletakkan sebagai contoh 40% daripada pendapatan harian, akan di tabungkan ke dalam akaun ini.

Akaun gaji pekerja
Jika anda mempunyai pekerja, anda haruslah menyediakan akaun untuk mereka berdasarkan jumlah pekerja yang anda ada. Kadar gaji adalah mengikut keputusan anda dan berlandaskan peraturan serta persetujuan pekerja. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan pekerja anda memberontak atau menyeleweng. Sebagai contoh, anda haruslah meletakkan 40% daripada pendapatan harian ditabungkan ke dalam akaun ini.

Akaun keuntungan
Akaun keuntungan adalah jumpah hasil yang anda terima pada hari berkenaan. Jumlah ini anda perolehi setelah menolak akaun perniagaan dan gaji pekerja. Sebagai contoh, anda menetapkan 20% daripada pendapatan harian di tabungkan ke dalam akaun ini. 






KUNCI KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN






  • SEDEKAH, DOA DAN TAWAKKAL
Lazimnya dalam apa - apa juga perkara yang kita lakukan, doa dan tawakkal adalah amat penting. Segalanya darinya, susah senang khususnya dalam perniagaan anda, jangan dilupa untuk memanjatkan doa pada yang maha kuasa. Jika perniagaan anda sudah berjaya, anda haruslah sentiasa ringan tangan dengan bersedekah kepada yang lain. Semakin banyak anda memberi, semakin banyak anda menerimanya. 




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru