KATANYA, INILAH KALAU BEKERJA DARI RUMAH

KATANYA, INILAH KALAU BEKERJA DARI RUMAH

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa, kebanyakkan organisasi mengambil langkah yang diperintahkan dengan mensyorkan atau menjadualkan kakitangan untuk bekerja dari rumah. Perkara ini, bukan sahaja membantu untuk mengekang serta memutuskan penularan penyakit berjangkit Covid - 19, malahan ia juga secara tidak langsung membantu meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan kakitangan berkenaan untuk tidak terdedah kepada pendemik berkenaan. 

Bekerja dari rumah, mampu dilakukan pada zaman yang serba digital ini dimana, perhubungan bukan sahaja dapat dilakukan melalui voice call, malahan juga menggunakan video call, secara persendirian atau kumpulan. Dalam hal ini, terdapat banyak applikasi yang boleh digunakan antaranya, whatsapp, google meet, zoom, wechat dan banyak lagi.

Lantaran daripada itu, ramai kakitangan yang mengambil langkah bijak, dengan bekerja dari rumah. Mereka mempunyai masa yang fleksible, dimana dan dalam masa sama, mereka dapat mengurus kerja dan keluarga dengan baik, tanpa memerlukan kos perjalanan. Mereka boleh menyusun atur kerja dan urusan rumah tangga, seperti mengurus anak, memasak dengan lebih sistematik. Perkara ini amatlah baik dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam keluarga.

pengurusan masa yang dimanfaatkan


Selain daripada itu, mereka yang bekerja dari rumah dapat menjimatkan perbelanjaan petrol kenderaan mereka. Mereka tidak perlu berulang alik untuk ke tempat kerja, kerana kerja - kerja boleh dilakukan secara atas talian. Dalam skop perbincangan, pekerja - pekerja juga boleh mengadakan mesyuarat secara atas talian, tanpa menunggu atau menjadualkan untuk bersemuka. Sesuatu perkara dapat dilakukan dan diputuskan dengan cepat, hanya menggunakan peralatan elektronik iaitu telefon atau komputer.


Justeru daripada itu juga, ketika waktu bekerja tamat dan waktu tidak bekerja, mereka yang bekerja dari rumah, mempunyai masa yang banyak dan dapat melakukan aktiviti - aktiviti sampingan, seperti berniaga secara atas talian, bercucuk tanam di halaman rumah, mempelajari kemahiran memasak (melalui sumber youtube), membersihkan rumah dan kereta, dan banyak laigi yang membawa manfaat. 

Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru