BETUL BAH EARPHONE MERBAHAYA?

BETUL BAH EARPHONE MERBAHAYA?

Fon kepala merupakan sepasang pembesar suara kecil yang dilekapkan pada telinga pengguna serta disambungkan ke punca isyarat audio seperti penguat audioradio ataupun pemain CD. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti fon telinga dan set kepala.

Fon telinga telefon seperti di gambar sebelah kanan ini adalah lazim pada awal abad ke-20. Daripada fon telinga telefon tersebut maka lahirlah fon kepala. Fon kepala yang sensitif merupakan satu-satunya cara bagi mendengar isyarat audio sebelum penguat audio mula dibangunkan.

Fon kepala yang sangat sensitif seperti keluaran Brandes sekitar 1919 lazimnya digunakan bagi kerja-kerja radio terawal. Fon kepala terawal tersebut menggunakan pemacu besi boleh gerak. Keperluan bagi tahap kepekaan yang tinggi bermaksud tiada lembapan audio digunakan,

Sumber : WikiPedia

 

Dalam pada itu, penggunaan Fon Kepala (Earphone) sememangnya adalah tidak baik kepada kesihatan telinga. Berikut adalah lima (5) kesan buruk akibat memakai Fon Kepala untuk pengetahuan bersama seperti yang dihurai oleh sumber : Wiser.My;

1. Komplikasi dan kehilangan pendengaran

Sekiranya bunyi terlalu kuat ianya mungkin akan mengakibatkan telinga anda pekak. Menurut kajian, sekiranya mendengar earphone dengan kekuatan bunyi melebih 100 desibel selama 15 minit, gegendang akan rosak teruk.

 2. Jangkitan telinga

Khusus kepada anda yang gemar berkongsi guna fon telinga. Hal ini boleh terjadi kerana fon telinga boleh bertindak sebagai medium untuk penyebaran bakteria.

 3. Earbuds

Penggunaan fon jenis yang sumbat boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk pada telinga, kerana ianya akan menyebabkan tekanan yang sangat tinggi pada gegendang telinga serta jangkitan bakteria juga lebih mudah terjadi.

 4. Hilang kekenyalan

Penggunaan fon telinga yang agak berlebihan akan menyebabkan tahap kekenyalan gegendang akan berkurangan. Perkara ini boleh mengakibatkan anda berasa jengkel dengan segala bunyi yang ada disekitar anda.

 5. Kerosakan otak

Untuk makluman anda, fon telinga menghasilkan gelombang elektromagnet yang berbahaya kepada telinga anda. Penggunaan yang tidak terkawal berkemungkinan boleh merosakkan saraf otak.

------------------------------------------------------

Sehubungan daripada itu, pencegahan awal adalah amat terbaik agar kesihatan pendengaran anggota telinga sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat. Amalkan beberapa langkah sebelum nasi menjadi bubur, antaranya:

  • Berusaha untuk meminimumkan penggunaan Fon Kepala. Jika boleh jangan menggunakannya sama sekali (loud speaker sahaja).
  • Jangan menggunakan Fon Kepala dengan kadar bunyi yang kuat, sehinggakan rakan sebelah dapat mendengarnya.
  • Meletakkan mod bunyi Fon Kepala pada kedudukan yang sangat minima.
  • Beri ruang masa rehat kepada anggota telinga untuk tidak dipasangkan Fon Kepala
  • Jangan memasang atau menggunakan Fon Kepala sewaktu tidur




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Petua Gaya Hidup Sihat