JUMLAH PENGUNDI, PRN SABAH

JUMLAH PENGUNDI, PRN SABAH

Pilihanraya adalah salah satu sistem pemilihan ketua yang mana ia dipilih oleh rakyat. Sistem demokrasi yang diamalkan, iaitu kuasa memilih terletak kepada rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah pemimpin mereka. 

Menurut sumber yang dipetik pada halaman Myilmu PelitaPilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan - jawatan penggubal undang - undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

-----------------------------------------------------


Sehubungan daripada itu, Negeri Sabah yang akan mengadakan Pilihanraya pada 26 September 2020 adalah salah satu proses, dimana kuasa rakyat untuk memilih siapakah yang akan mereka inginkan untuk menjadi ketua pemerintah. 

Lantaran daripada itu, bagi melancarkan sistem pengurusan pilihanraya, pihak berkuasa pengurusan mengetatkan sop, agar perlaksanaan pilihanraya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan sistematik. 

Pengetahuan serta memperkasakan ilmu di dada, berikut adalah dipetik daripada kenyataan media spr bil.62/2020 mengatakan bahawa, seramai 1,088,711 orang daripada 1,103,646 orang pengundi biasa layak mengundi pada Sabtu, 26 September 2020. Manakala seramai 14,935 orang telah mengundi secara pos. 2. Bagi pengundi yang telah menerima Kad Pengundi (Voter’s Card) atau yang telah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR. Pada Voter’s Card kali ini, SPR juga meletakkan maklumat "MASA KELUAR MENGUNDI YANG DIGALAKKAN" bagi setiap pengundi. Pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut "MASA KELUAR MENGUNDI YANG DIGALAKKAN" seperti mana yang tercatat pada Kad Pengundi (Voter’s Card). Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang atau waktu yang telah diwartakan. Namun demikian, pengundi adalah dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir. Maklumat lengkap sila tekan pautan tersebut, sumber : 👉 SPR







Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Petua Gaya Hidup Sihat