TINDAKAN AKAN DIKENAKAN JIKA LANGGAR SOP

TINDAKAN AKAN DIKENAKAN JIKA LANGGAR SOP

    Ancaman penyakit berjangkit Covid 19 pada  masa kini yang sedang melanda dunia haruslah dikawal lebih serius secara bersama. Seperti yang kita sedia maklum, peraturan - peraturan atau SOP  yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa haruslah dan wajib dipatuhi bagi bersama - sama mengatasi penularan dan menamatkan penularan rangkaian pendemik Covid 19. 

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kawalan rondaan ke kawasan - kawasan Premis - Premis makanan,  Perniagaan, Masjid, Rumah Ibadah, Stesen Pengangkutan Awam, Majlis keraian dan tempat Riadah agar rangkaian penyakit berjangkit ini dapat diputuskan dengan lebih berkesan.

Tambahan itu juga, menurut maklumat yang dilampirkan pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan memberi nasihat atau amaran kepada individu atau pemilik premis yang mengabaikan SOP. Terdapat beberapa aspek yang wajib dititikberatkan dan dikesan melanggar SOP  antaranya tiada aluan keluar masuk yang ditetapkan pada premis tertentu, tidak mengamalkan penjarakan sosial dan tiada kod QR atau mengambil butiran pelanggan.

Dalam pada itu juga, sifat tanggungjawab dalam diri haruslah di terapkan agar pendemik Covid 19 ini dapat di putuskan dan ditamatkan serta merta. Hal ini juga amatlah baik dan secara tidak lansung mampu membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta pergerakan sosial yang sihat. 

Lantaran daripada itu juga, menurut sumber bharian.com.my kompaun akan dikenakan kepada mereka yang mengabaikan dan melanggar  perintah SOP yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.



Sumber : 
(22 Julai 2020)

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru