Sabah International Food Expo 2024

Sabah International Food Expo 2024

Sabah International Food Expo 2024


Sabah International Food Expo 2024 merupakan salah satu aktiviti pameran yang menghimpunkan pelbagai aneka jenis makanan dan minuman dari pelbagai yang didatangkan khas dari pelbagai kawasan. Expo ini berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari ahad.






Para pempamer adalah terlibat daripada pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta. Makanan dan minuman yang dijual adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Kawasan expo ini boleh dikunjungi oleh masyarakat dengan mudah kerana kawasanya yang dekat dan menyediakan banyak kemudahan parking kenderaan.  

Kebanyakan para pempamer mengenakan harga jualan barang pada harga mampu milik agar ia boleh dinikmati oleh semua pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. 

Dalam pada itu, terdapat juga pempamer lain yang mempamerkan barang-barang perhiasan, pendidikan dan lain-lain lagi. 

Aktiviti seumpama ini mampu meningkatkan lagi tarikan para pelancong dalam dan luar negara. Dalam masa sama membantu para peniaga meningkatkan lagi pendapatan isi rumah dengan lebih drastik. Maklumat atau barang-barang para pempamer juga akan dikenali dengan lebih dekat.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri