Biodata Amir Jahari

Biodata Amir Jahari

Biodata Amir Jahari


Pengenalan 

Mohamad Amirullah bin Jahari atau lebih dikenali sebagai Amir Jahari (lahir 31 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi, pemuzik, pelakon, dan penulis lagu Malaysia. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau diujibakat untuk musim kesembilan rancangan pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian, Akademi Fantasia. Beliau menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainmemt (KGE) milik bekas peserta Akademi Fantasia Musim 5, Aizat Amdan dan melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 2013. Beliau juga bergiat aktif bersama kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.Amir Jahari telah memenangi anugerah berprestij AJL38 bagi tahun 2024 melalui lagunya Hasrat.




Biodata Amir Jahari






Sejarah kejayaan
  • 2011-2012: Kejayaan komersial awal
Amir Jahari ialah salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011 dan beliau hanya bertahan selama tiga minggu dalam akademi apabila konsert minggu ketiga dia digugurkan bersama seorang lagi pelajar AF9 iaitu Ayda Jebat melalui Operasi Gugur disebabkan tiada peningkatan prestasi dalam persembahan mereka selama tiga minggu konsert AF9 berlansung.


  • 2013-kini: Album pertama dan projek muzik
Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik. Beliau menggunakan permainan teka silangkata sebagai kulit album. Single pertama dari album ini ialah Tanpamu, diikuti oleh single kedua, Penghibur Jalanan dan single ketiga, Gelisah.

Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.

Pada 2016, beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk Ingga yang akan dimuatkan dalam album keduanya yang akan menjengah pasaran nanti. Mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya. Lagu ini menampilkan bunyian 'sape, alat muzik tradisional Orang Ulu dengan alunan melodi Sarawak digabung bersama muzik Amir yang berentak folk rock kontemporari.

sumber: wikipedia.



Tip Mudah Menjaga Suara 
  • Pemakanan seimbang
  • Senaman yang bersesuaian dan berkala
  • Minum air suam atau air limau
  • Makan madu
  • Elakkan pengambilan ubat-ubat yang memudaratkan suara
  • Elakkan pengambilan barang-barang berkarbonat 
  • Lakukan bual bicara atau percakapan yang sederhana 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri