Tip Panjang Usia

Tip Panjang Usia

Tip Panjang Usia


Usia adalah jangka hayat untuk mahluk yang bernyawa dimuka bumi ini seperti manusia, haiwan dan tumbuhan.

Manusia adalah salah satu mahluk ciptaan Allah swt yang sempurna sifatnya. Ia diutuskan ke muka bumi sebagai khalifah.

Usia yang panjang kepada manusia adalah satu rahmat dan nikmat rezeki Allah swt yang tidak ada tolok bandingnya dan dinikmati oleh insan-insan terpilih. Dalam pun begitu rezeki Allah swt tidak dapat di sangkal walau dengan apa cara sekali pun.



Tip Panjang Usia



Namun demikian terdapat beberapa tip yang mungkin berguna untuk panjang usia, antaranya:

  • Penjagaan pemakanan
Penjagaan makanan dan minuman adalah sangat penting agar anggota dalaman badan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Darah dalam badan dapat mengalir serta berfungsi dengan lancar ke seluruh anggoata badan. 

Selain itu, dengan penjagaan pemakanan iaitu mengambil makanan berkhasiat dan seimbang, secara langsung membantu kepada kestabilan anggota dalaman dan luaran badan dengan baik.



  • Peningkatan aktiviti sukan
Aktiviti sukan mampu menguatkan anggota fizikal badan iaitu otot-otot dan tulang dengan lebih kuat dan sihat. Bersukan setiap hari mampu memberikan tahap kekuatan anggota badan berada pada kedudukan seimbang. 

Lazimnya, apabila tulang-tulang badan sentiasa kuat dan sihat, secara lamgsung ia mampu memberi kesan kepada kelancaran penghadaman dan aliran darah dalam badan.


  • Kegiatan aktiviti sosial
Proaktif dalam melakukan aktiviti sosial mampu memberi kesan kesihatan yang baik kepada anggota badan. Bersosial seperti bergaul dengan orang-orang yang baik dan positif mampu meningkatkan kesihatan rohani.

Dalam pada itu, melakukan aktiviti sosial boleh membantu kepada kesihatan minta, tenaga dan juga terhindar daripada masalah-masalah yang tidak baik, sebagai contoh kemurungan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri