Tip Berjaya Dalam Diri

Tip Berjaya Dalam Diri

Kejayaan adalah satu nikmat dan rahmat yang di idamkan dan di inginkan oleh setiap insan yabg bernama manusia di muka bumi ini. Kejayaan yang dikecapi adalah pelbagai dan berbeza antara satu sama lain mengikut rezeki dan usaha serta tawakal masing-masing.

Lazimnya, setiap sesuatu kejayaan pasti dan perlu dimulai dengan usaha yang jitu. Dalam masa sama, ia juga memerlukan pengorbanan terhadap faktor-faktor lain yang berkaitan, sebagai contoh masa.





Terdapat banyak tip yang boleh digunakan untuk berjaya dalam diri, antaranya adalah berikut;

  • Gunakan nikmat akal dan fikiran dengan baik.
Akal dan fikiran adalah salah satu nikmat kuniaan Ilahi yang tidak ada tolok bandingnya. Sekiranya ia digukanan secara bijaksana untuk melakukan sesuatu perkara sudah pasti hasilnya akan mengembirakan.


  • Perbanyakkan membaca dan kajian.
Dalam berjaya perlu ada ilmu pengetahuan agar diri lebih utuh dan mantap dalam melakukan sesuatu perkara. Ilmu yang kental di dada pasti akan menjadi sumber panduan untuk melakukan sesuatu perkara dengan penuh yakin dan berjaya.


  • Berguru dengan orang yang berpengetahuan.
Kejayaan dalam diri boleh dicapai dengan berguru kepada seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang banyak dam padu. Kaedah berguru secara bersemuka mampu melonjakkan diri ke tahap yang lebih terbilang dalam tempoh yang singkat.


  • Elakkan wujud sifat negatif dalam diri.
Perilaku atau tabiat haruslah disemai dan dipupuk dengan nilai-nilai murni agar tidak wujud sangkaan atau perihal yang negatif yang boleh membawa kepada kemusnahan diri. Oleh itu, perlu di elakkan atau dijauhi apa sahaja perkara atau gangguan luar atau dalam yang berbentuj negatif.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru