Mutiara Kata Tahun 2024

Mutiara Kata Tahun 2024

Mutiara Kata Tahun 2024


Berlalu sudah tahun 2023 dan kini tiba tahun 2024 yang mana jumlah harinya sebanyak 360 hari dan 12 bulan.

Usahlah dikenang segala peristiwa yang berlaku semasa tahun 2023, jadikanlah ia sebagai landasan panduan dan pedoman untuk melangkah kehadapan menjadi insan yang lebih baik, terbilang dan berjaya dalam pelbagai aspek samaada kerohanian, kemanusiaan, mental dan fizikal.





Langkah demi langkah usia semakin meningkat atau bertambah, suasana kehidupan menjadi tua semakin tiba tanpa disedari. Oleh itu tingkatkanlah amalan kebaikan untuk bekalan dihari kemudian. Harta bertimbun, bergunung gadang pasti akan di tinggalkan dan boleh dibawah bersama ke alam akhirat kelak. Maka dengan itu, perbanyakanlah sedekah kepada mereka atau sahabat yang amat memerlukan, nescaya harta akan lebih berlimpah ruah.

Di tahun 2024 setiap insan atau makluk yang bernama manusia tidak mengetahui akan apa yang berlaku terhadap dirinya. Justeru itu, marilah tingkatkan amalan kebaikan diri dan kepada orang lain dengan lebih jitu dan padu agar satu kehidupan yang harmoni dan bahagia dapat kita nikmati bersama.

Allah SWT menciptakan mahluk manusia dengan sempurna sifatnya berbanding makluk yang lain. Nikmat akal fikiran yang luar biasa jika digunakan dengan baik makai a mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu perkara dengan baik dan begitu juga sebaliknya.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru