Biodata Rosyam Nor

Biodata Rosyam Nor

Biodata Rosyam Nor


Rosyam Nor merupakan salah seorang artis yang aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan. Beliau aktif sejak tahun 80-an, namun melibatkan kerja-kerja belakang tabir.

Beliau memiliki ciri-ciri perwatakan yang sederhana dan mesra kepada masyarakat. Gaya dan penampilan beliau sangat mengkagumkan apabila melaksanakan watak yang ingin dilakonkan. Setiap aksi yang dilakonkan sangat memuaskan dan penuh dengan pengajaran.



Biodata Rosyam Nor



Berdasarkan pada sumber wikipedia, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin, DPSM, Melaka atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor (lahir 1 Mac 1967) merupakan seorang pelakon, penerbit, pengacara dan usahawan Malaysia. Beliau ialah sepupu kepada pelakon Faizal Hussein. Anugerah dan penghargaan beliau termasuk empat Anugerah Skrin dan lima Festival Filem Malaysia. Beliau juga telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pelakon Yang Paling Banyak Menerima Anugerah.

Rosyam memulakan kerjaya lakonannya pada 1986 selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi watak Remy dalam filem Gila-Gila Remaja arahan bapa saudaranya, Allahyarham Hussein Abu Hassan, kemudian diikuti oleh Kanta Serigala pada 1991. Beliau kemudiannya muncul dalam dua filem arahan Aziz Sattar – Perawan Malam (1988) dan Tak Kisahlah Beb (1989) – dan dalam beberapa filem arahan Yusof Haslam termasuk Maria Mariana II (1998) dan Gerak Khas The Movie (2001).


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Ibu