Plums Berjaya Melahirkan 28 Graduan Kohot -1 Program Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian Pengeluaran Tanaman

Plums Berjaya Melahirkan 28 Graduan Kohot -1 Program Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian Pengeluaran Tanaman

Plums Melahirkan 28 Graduan Kohot -1 program Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian Pengeluaran Tanaman


KOTA KINABALU - bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke- 25 baru-baru ini, Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) yang dipertanggungjawabkan mengendali proram-program UMS menerusi konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) berjaya melahirkan seramai 28 graduan kohot pertama dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian Pengeluaran Tanaman dengan Kepujian.  

Tempoh pengajian bukanlah satu halangan kepada semua graduan yang bekerja khususnya untuk berjaya mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda. Graduan ini adalah kohort pertama yang dikendalikan oleh PLUMS bersama Fakulti Pertanian Lestari Sandakan (FPL) menerusi konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui perlaksanaan kuliah bersemuka setiap hujung minggu.

Pengarah PLUMS, “mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam program berkenaan. 



Plums Berjaya Melahirkan 28 Graduan Kohot -1 Program
Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian Pengeluaran Tanaman



Terdahulu, PSH merupakan salah satu alternatif kepada semua lapisan masyarakat di negara ini untuk meningkatkan kulaiti pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi tanpa mengira usia dan kedudukan. Pastinya mengikuti PSH dibawah kendalian PLUMS dapat melahirkan generasi yang lebih berinnovatif dan mempunyai daya pemikiran secara kritikal.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri