Risiko Memandu Di Laluan Kecemasan Jalan Raya

Risiko Memandu Di Laluan Kecemasan Jalan Raya

Risiko Memandu Di Laluan Kecemasan Jalan Raya


Laluan kecemasan jalan raya iaitu laluan tepi yang dikhaskan untuk kenderaan seperti Ambulan, Bomba, Polis dan yang lainya dibenarkan.

Namun demikian, terdapat segelintir pemandu yang gemar melalui laluan berkenaan untuk cepat sampai ke destinasi yang dituju dengan memintas pemandu lain yang mengikuti barisan.

Tahukah kita semua bahawa kemudahan jalan raya adalah milik bersama dan perlu digunakan serta dijaga dengan baik. Setiap pengguna jalan raya membayar cukai jalan pada kadar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Risiko Memandu Di Laluan Kecemasan Jalan Raya



Justeru itu, terdapat risiko yang menimpa apabila memandu di laluan kecemasan jalan raya, antaranya:


  • Pertama.

Mendapat kompaun saman dari pihak berwajib sekiranya memandu di laluan kecemasan jalan raya. 


  • Kedua.

Risiko kepada penyusutan pendapatan isi rumah kerana terpaksa melunaskan saman yang diperolehi kerana memandu di laluan yang salah.


  • Ketiga.

Menghalang kenderaan kecemasan yang sepatutnya menggunakan laluan berkenaan. Tindakan sedemikian boleh menyebabkan kenderaan kecemasan tiba lewat ke lokasi yabg dituju bagi menyelesaikan tugasan yang di amanahkan 


  • Keempat.

Mengundang kesesakan lalulintas kepada pengguna jalan raya yang lain kerana sifat memintas kenderaan lain dilakukan. Dalam pada itu, tindakan berkenaan boleh membawa kepada perlanggaran kenderaan dan seterusnya pergaduhan antara satu sama lain.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru