Krisis Israel Palestin

Krisis Israel Palestin

Krisis Israel Palestin

  • Pertama.
Keputusan terancang oleh Mahkamah Agung Israel untuk mengusir rakyat Palestin di sebuah kejiranan Baitulmuqaddis Timur, Sheikh Jarrah.

  • Kedua.
Penutupan Gerbang Damsyik oleh penguasa Israel
Gempuran di Masjid Al-Aqsa oleh polis Israel.

  • Ketiga.
Tekanan penduduk Palestin dengan keputusan Presiden Palestin yang menunda Pilihan raya perundangan Palestin 2021


Pendahuluan.

Konflik yang berlaku di Palestin di antara Arab dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama. Jika dikira dari tarikh rasmi penubuhan negara Israel pada 15 May 1948, kita akan dapati bahawa konflik tersebut sudah berlansung selama lebih 6
dekad. Manakala jika ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden, ia telah jatuh ke tangan pihak British semenjak tahun 1917. Ini berlaku ketika pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera British di bawah pimpinan General Allenby. Selepas kira-kira 3 tahun, pihak League of Nations – Liga
Bangsa-bangsa (sebelum ditukar menjadi United Nations – Bangsa-bangsa Bersatu), telah memberi mandat kepada pihak British untuk mentadbir Palestin. Sumber : wikipedia



Krisis Israel Palestin




Ketika itu, Palestin secara rasmi diletakkan di bawah pentadbiran pihak British yang juga dikenali sebagai British Mandate. Ketika penulis menyelidik beberapa sumber, didapati bahawa para sarjana hampir sepakat mengatakan bibit-bibit kejatuhan Palestin itu bermula sejak akhir abad ke 19 Masihi disebabkan oleh kelemahan pemerintahan kerjaan Turki Uthmaniyyah. Ia turut ditambah dengan kewujudan agenda zionis selepas Pertubuhan Zionis Dunia (World Zionist Organization) ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 1897.1 Umat Islam di Palestin tidak berdiam diri ketika negara mereka di bawah pemerintahan British. Ia seakan bentuk penjajahan yang berlaku ke atas negara mereka, sepertimana juga boleh digambarkan dengan apa yang berlaku di Tanah Melayu. Di Palestin, para penduduk mereka termasuk para ulama’ terus berjuang untuk mencari keadilan dan membebaskan negara mereka dari cengkaman pihak luar. Nama-nama seperti Haji Husaini, Mufti Palestin, terkenal dengan sikap yang ditunjukkan beliau dalam menentang dasar-dasar pihak penjajah yang mula berlembut dengan golongan Yahudi dan membawa golongan ini masuk ke Palestin. Ini adalah sebahagian dari usaha pihak Zionis untuk menyelamatkan golongan Yahudi yang ditindas di Eropah, lebih-lebih lagi di Eropah Timur. Usaha golongan Yahudi ini sebetulnya didalangi oleh Pertubuhan Zionis, satu kumpulan yang ditubuhkan pada asalnya untuk membela golongan Yahudi. Tetapi oleh kerana ia dipimpin oleh golongan sekular, maka sebahagian mereka ingin menubuhkan sebuah negara. Ini juga terkandung di dalam dokumen yang dikenali sebagai Judenstat atau The State of Israel. Ia adalah hasil daripada pemimpin pertama Pertubuhan Zionis, iaitu Theodor Herzl. Dokumen ini telah menjadi bahan utama dalam mereka mencari jalan untuk menubuhkan sebuah negara bagi golongan Yahudi. Sumber: um.edu.my


Tindakan Dilakukan Semasa Peperangan Berlaku.
  • Memastikan keluarga berada dalam lindungan yang selamat.
  • Elakkan kerap keluar dari kawasan tempat berlindung.
  • Pastikan tempat berlindung adalah selamat dari pengetahuan dan gangguan musuh.
  • Siap sediakan awal bekalan makanan dan minuman untuk menampung keperluan harian bagi jangka masa yang panjang.
  • Mohon bantuan awal dari pihak berwajid jika keaadaan memaksa.
  • Lakukan tindakan awal dengan berpindah atau berhijrah ke kawasan lain yang baharu dan lebih selamat.
  • Bawa bersama barang-barang serta dokumen yang penting sahaja semasa berlindung atau berhijrah.
  • Sentiasa waspada apabila melakukan sebarang tindakan keluar agar tidak dikesan musuh.


Keburukan Peperangan
  • Kemusnahan harta benda yang telah dibina, seperi bangunan, rumah-rumah.
  • Kehilangan nyawa yang tidak berdosa, bukan sahaja manusia malahan juga kepada haiwan.
  • Mendapat ganjaran dosa kerana melakukan keganasan terhadap insan-insan yang tidak bersalah.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru