Kelebihan Aktiviti Zumba

Kelebihan Aktiviti Zumba

Kelebihan Aktiviti Zumba


Zumba adalah salah satu aktiviti yang dilakukan secara individu atau kumpulan, samaada di dalam rumah atau di luar rumah. Ia dilakukan dengan mengerakkan anggota tubuh badan dengan gaya seperti menari sambil di iringi alunan muzik.

Dalam erti kata lain, ia dalah sejenis senaman yang menggunakan pergerakan tarian yang pada awalnya perkenalanya di asaskan oleh Alberto 'Beto' Perez dari Columbia iaitu seorang penari dan koreografer.




Kelebihan Aktiviti Zumba



Terdapat banyak kelebihan aktiviti zumba, antaranya adalah berikut:


  • Mengeratkan ikatan silaturrahim antara setiap peserta

Aktiviti zumba yang disertai adalah daripada pelbagai suku kaum dan bangsa. Oleh itu, ikatan silaturrahim dapat di bentuk dengan lebih erat dan harmoni.



  • Meningkatkan tahap kesihatan anggota tubuh badan

Berzumba dengan mengerakkan anggota fizikal badan mampu memberikan kesihatan yang baik. Anggota badan akan lebih ringan, akibat pembuangan lemak dan peluh badan.



  • Tulang tulang badan akan terasa lebih ringan dan aktif bergerak

Kelebihan aktiviti zumba mampu meringankan anggota badan dan mudah untuk bertindak dengan lebih pantas semasa melakukan sesuatu kerja. Keseimbangan anggota badan dapat dikekalkan dengan baik.



  • HGH (Human Growth Hormone) dapat dilepaskan

Tahukah anda HGH ialah sejenis hormon akan dilepaskan jika berlaku kadar kesungguhan yang tinggi mampu membakar lemak dan menggalakkan perkembangan otot. Setiap sesi zumba mempunyai rentak dan penghayatan mengikut tempo serta pergerakan. Semakin banyak sesi diikuti secara lincah semakin tinggi kecergasan setiap mereka yang fokus. Kadah HGH yang tinggi mampu memberikan tona dan bentuk badan yang lebih menarik. syafierayamin.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri