Shuib Dan Watie Nikah Jun Depan

Shuib Dan Watie Nikah Jun Depan

Shuib Dan Watie Nikah Jun Depan


PETALING JAYA: Menamatkan teka teki hubungannya bersama Watie Hanifiah, akhirnya pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada Jun depan.

Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 38, persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus.

"Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya.

"Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi.

"Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.

"Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami.

"Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira," katanya kepada BH Online.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM di sebuah hotel, di sini, semalam. sumber: bharian.

 



Shuib Dan Watie Nikah Jun Depan


👉  Biodata Watie Hanifiah



Justeru itu, warga maya di pelbagai media sosial rata - rata meninggalkan komen positif dan membina. Dalam masa sama, kedua pasangan berkenaan bertungkus lumus untuk membuat persiapan yang terbaik. 


Tip Keluarga Rumahtangga Bahagia.

  • Setiasa saling bersama - sama mendoakan ke arah atau perkara kebaikan.
  • Saling menerima antara satu sama lain walau apa pun kelebihan dan kekurangan.
  • Sentiasa saling bersangka baik terhadap sesuatu perkara. Jika ada sakwasangka, berbincang sebaiknya.
  • Bersyukur setiap rahmat dan nikmat kuniaan yang maha esa.
  • Saling bantu membantu ke arah kesempurnaan dan kestabilan rumah tangga.
  • Sentiasa senyum antara satu sama lain dan berbicara atau komunikasi secara bahagia.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri