Kenderaan Persendirian Tidak Perlu Pamer Cukai Jalan

Kenderaan Persendirian Tidak Perlu Pamer Cukai Jalan

Kenderaan Persendirian Tidak Perlu Pamer Cukai Jalan, berkuatkuasa hari ini.

Hari ni, Menteri pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa tidak perlu lagi mempemerkan keratan cukai jalan pada kenderaan persendirian dan juga motosikal.




Kenderaan Persendirian Tidak Perlu Pamer Cukai Jalan





Berdasarkan sumber mymetro, warga negara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ yang dilaksanakan di bawah satu projek perintis secara dalaman.

Ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan, tambahnya.

Beliau berkata, selaras pengumuman pagi ini, peruntukan bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan bagi kategori pemilik bawah fasa pertama itu.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama membabitkan kenderaan persendirian individu, termasuk motosikal (warganegara).


Post a Comment

2 Comments

  1. macam mana plak kalau terlupa nak renew. yela biase kan nak mati rotak, kita jenguk depan cermin.

    ReplyDelete

Featured Post

Selamat Hari Guru