Pasangan Rusia Panjat Puncak Menara Merdeka 118

Pasangan Rusia Panjat Puncak Menara Merdeka 118

Tular di media sosial sepasang manusia (lelaki dan perempuan) sedang asyik berdiri sambil mengambil gambar dan video di puncak Menara Merdeka 118.

Pasangan yang tular itu dipercayai adalah warga negara Rusia, mereka disyaki telah menceroboh Menara Merdeka 118 untuk memanjat hingga ke puncak pencakar langit berkenaan.



Pasangan Rusia
Panjat Puncak Menara Merdeka 118




Paparan video kelihatan wanita dari pasangan berkenaan duduk di tepi puncak bangunan berkenaan sambil membuat rakaman. Beliau tidak sedikit pun rasa gayat, malahan kelihatan gembira dan suka dengan kaki berjuntai ke bawah.




Pasangan Rusia
Panjat Puncak Menara Merdeka 118



Sebelum itu, pasangan yang terkenal dengan aksi memanjat puncak pencakar langit berkenaan menjadi bualan warga tempatan selepas gambar mereka berdua di puncak menara berkenaan dimuat naik di sebuah forum dalam talian. Forum dalam talian yang dikenali sebagai Skyscrapper City itu merupakan sebuah komuniti yang mengumpulkan pencinta pencakar langit, perancangan bandar dan struktur bangunan dari serata dunia. Salah seorang daripada pasangan tersebut turut berkongsi gambar dalam satu hantaran di Instagram sambil memberitahu berjaya menawan menara kedua tertinggi di dunia berkenaan selepas berjam-jam mendaki sambil mengelak dikesan kamera litar tertutup dan pasukan keselamatan. astroawani.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Ibu