Pengaruh Rakan Sebaya Punca Keterampilan

Pengaruh Rakan Sebaya Punca Keterampilan

Keterampilan setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Keterampilan mereka yang asalnya semula akan terbentuk oleh faktor2 disekelilingnya. 

Dalam masa sama, ibu bapa adalah orang penting dan pertama dalam membentuk keterampilan seseorang ataupun anak kepada menjadi insan majusi atau nasrani.

Di samping itu, sedarkah bahawa terdapat satu faktor yang menyumbang kepada keterampilan seseorang iaitu rakan sebaya. Lazimnya, di usia 17 hingga ke 22 tahun seseorang yang berada pada tahap remaja berkenaan akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Keterampilannya akan berubah secara senyap dan adakalanya mendadak.

Pengaruh rakan sebaya itu, akan memberi dua impak iaitu kepada positif atau negatif. Adalah sangat baik jika rakan - rakan yang digauli membawa ke jalan yang baik dan cenderung kepada agama. Namun jika sebaliknya, seseorang akan lebih agresif dan adakalnya melakukan sesuatu dengan sendirinya demi kepuasan serta cabaran daripada rakan - rakan, sebagai contoh, sekiranya seseorang terpengaruh kepada aktiviti rempet, sudah pasti rakan yang lain akan menghasut untuk melakukan aksi berkenaan. Oleh itu, seseorang remaja yang pada tahap berkenaan sudah pasti tidak mahu mengala dan berani melakukan sebarang aksi demi tidak malu dan inginkan kejayaan dalam cabaran.

Justeru itu, pengaruh dab pergaulan kepada rakan - rakan yang tidak sihat, sudah pasti mampu mengubah keterampilan atau tinghka laku seseorang yang lahirnya jenih kepada menjadi kotor. Keberanian kepada perbuatan tidak sihat bukan lagi biasa padanya sehingga melawan kata - kata keluarga. Senario ini adalah sangat merbahaya dan adakalanya membawa kepada kerengangan serta permusuhan sesama atau dikalangan keluarga.



Pengaruh Rakan Sebaya Punca Keterampilan




Oleh yang demikian, tindakan yang bijaksana haruslah dibendung dengan baik agar seseorang individu yang lahir ke dunia nyata akan menjadi khalifah yang baik, sebagaimana yang ditegaskan bahawa lahirnya manusia ke dunia tidak lain dan tidak bukan adalah menjadi khalifah dengan melakukan perkara - perkara kebaikan yang di suruh dan meningalkan perkara - perkara yang dilarang.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru