Mangsa Terjun Di Sungai Petagas Ditemui

Mangsa Terjun Di Sungai Petagas Ditemui

Kota Kinabalu, tular seorang lelaki tiba - tiba terjun ke sungai di sungai petagas lewat tengahari tadi. Kejadian di luar jangkaan berkenaan dan mereka yang ternampak, tidak sempat menyelamatkan mangsa kerana mangsa tenggelam dengan cepat.

Terdahulu, mangsa yang dikenali nama Ismail Zainal berumur lingkungan 31 tahun, lalu dari arah Dareah Putatan, tiba - tiba memberhentikan kenderaannya (motosikal) di tepi jembatan berkenaan lalu terjun ke dalam sungai petagas.



Mangsa Terjun
 Di Sungai Petagas Ditemui


Menurut ketua polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan dan laporan laporan mengenai kejadian berkenaan kira - kira jam 12.57 tengah hari tadi.

Katanya juga, susulan daripada itu pihaknya bersama pasukan bomba dari Balai Bompa dan Penyelamat Penampang bergegas ke tempat kejadian bagi kerja - kerja operasi mencari dan menyelamat.

Operasi juga turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU).


Lannjutan daripada itu, mangsa akhirnya berjaya ditemui oleh pasukan anggota PPDA tidak jauh dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat oleh orang awam di sungai berkenaan. Dalam masa sama, katanya lagi (Mohd Haris), mayat mangsa yang ditemui akan di bawa ke unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, untuk siasatan lanjut dan terperinci. sumber; diasoka.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru