Skybridge Mempermudah Lalulintas

Skybridge Mempermudah Lalulintas

Pembinaan skybridge di Bandaraya Kita Kinabalu yang menghubungkan beberapa lokasi di Bandaraya Kota Kinabalu memudahkan atau melancarkan lalu lintas orang ramai. Dalam pada itu juga, pembinaanya menyumbang kepada faktor keselamatan awam daripada tidak menyeberang jalan raya yang mana kenderaan sentiasa bergerak laju. Hal demikian lagi membahayakan apatalagi di waktu malam.

Pembinaan skybridge berjumlah 31 juta lebih itu, memberi manfaat kepada semua orang ramai. Laluan yang sesela dengan tangga yang menggunakan eskelator / elektrik memudahkan orang ramai berasa tidak penat untuk melaluinya.

Skybridge Mempermudah Lalulintas

Lot - lot kedai sepanjang laluan skybridge



Skybridge juga di pasangkan penghawa dingin dan di laluanya di bina beberapa kedai - kedai untuk para peniaga kecil yang berdaftar  berpeluang mendagangkan hasil dagangan masing - masing.


Skybridge Mempermudah Lalulintas



Laluan skybridge dibina dengan menyeberangi jalan raya utama (highway) dari kawasan asia city, ke centre point, api - api centre, warisan square dan oceanus mall. Kawasan laluan yang selesa, dan dalam masa sama dari atas jembatan dapat melihat pemandangan bawah sekitar skybridge yang indah.

Skybridge Mempermudah Lalulintas

Pemandangan bawah dari
 atas skybridge



Oleh yang demikian, marilah kita manfaatkan bersama dengan mengunakan laluan yang sedia ada skybridge yang mana selesa dan selamat berbanding menyeberang jalan raya. Elakkan sesuatu yang membahayakan, dan gunakanlah kebijaksanaan dengan baik.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Ibu