Rentas Daerah Sabah Mengikut Zon

Rentas Daerah Sabah Mengikut Zon

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, memandangkan 60 peratus populasi dewasa di Sabah sudah divaksin, pelaksanaan rentas daerah mengikut zon akan kembali dilaksanakan

Menurut sumber keratan flayers dia atas, perlaksanaan rentas daerah mengikut zon akan berkuatkuasa pada pada 01 Oktober 2021 (Jumaat)


Rentas Daerah Sabah Mengikut Zon


Terdahulu Menurut Datuk Masidi Manjun, yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, berkata 18 daerah yang beralih ke sistem sekatan zon pula sudah mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin.

Katanya juga, daerah yang terbabit dibahagikan kepada lima zon iaitu Zon 1 hingga Zon 5 dengan tiada lagi sekatan pergerakan dikuatkuasakan dan keperluan dokumen di antara daerah dalam zon yang sama. Antara zon yang disatukan adalah seperti berikut:

Zon 1 : Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud

Zon 2 : Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu

Zon 3 : Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran

Zon 4 : Lahad Datu dan Kunak

Zon 5 : Keningau, Tambunan dan Tenom

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru