MAKAN TENGAHARI DI KENINGAU VIEW RESTORAN SAMBIL MENIKMATI PEMANDANGAN DAERAH KENINGAU

MAKAN TENGAHARI DI KENINGAU VIEW RESTORAN SAMBIL MENIKMATI PEMANDANGAN DAERAH KENINGAU

Pemandangan Pintu Masuk ke Keningau View Restoran
 
 
Mansau - mansau adalah bahasa suku kaum tempatan yang sering digunakan oleh masyarakat di Negeri Sabah, sebutan ayat berkenaan membawa maksud
          jalan - jalan.


Aktiviti jalan - jalan telah singgah di satu tempat untuk makan tengahari di Keningau View Restoran. 


Restoran ini terletak di lereng bukit jalan menuju ke Daerah Keningau sekiranya melalui laluan Banjaran Crocker Kimanis. Tempatnya sangat menarik berhadapan dengan Daerah Keningau, tambahan lagi kawasannya yang lapang mudah untuk kenderaan parking. Persekitaran restoran yang nyaman dengan udara yang segar serta  dikelilingi oleh pokok - pokok yang menghijau, menghangatkan lagi suasana mansau - mansau. Makan tengahari di Keningau View Restoran juga dapat menikmati pemandangan indah Daerah Keningau dari paras yang tinggi, suasana restoran yang tenang juga dapat membantu merehatkan fikiran serta tekanan. 

Selain daripada itu, pemilik Keningau View Restoran juga menyediakan kemudahan lain seperti Surau, Tandas dan Buaian untuk kanak - kanak bermain. Bersebelahan dengan restoran juga terdapat taman ternakan arnab yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki. Arnab - arnab di taman berkenaan juga amat mencuit hati dan jinak. 


Singgah di Restoran berkenaan amatlah memberi kepuasan dan ketenangan dengan santapan pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan oleh pemiliknya, juadahnya juga yang bersih, segar dan amat menyelerakan antaranya Mee goreng, Nasi goreng ayam, Soto, minuman panas dan sejuk serta yang lainnya. Juadah juga di jual dengan harga yang berpatutan.

Mansau - mansau serta singgah di Keningau View Restoran amatlah berbaloi selain daripada menikmati juadahnya, singgah sebentar di restoran berkenaan mampu merehatkan badan, anggota badan setelah penat seharian memandu. 




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri