KHASIAT BUAH MANGGA HARUM MANIS

KHASIAT BUAH MANGGA HARUM MANIS

Assalamualaikum w.w. dan selamat sejahtera.


Syukur Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam perkogsian ilmu melalui laman sesawang blog ini dan diharap ilmu yang sedikit ini memberi manafaat serta meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita bersama. 

Topik kali ini merungkai keistemewaan atau khasiat buah-buahan tempatan khususnya mangga harum manis kepada tubuh badan manusia.

Mangga harum manis atau nama saintifiknya 'Mangifera Indica Linn' merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang berbau harum apabila ianya masak, warnanya kekuningan dan rasa manis ketika dimakan. Orang tempatan memanggil buah berkenaan adalah buah MEMPELAM, manakala suku kaum Bajau di Sabah menyebutnya buah WANNI. Buah mangga harum manis  ini banyak di usahakan di Negeri Perlis dan Kedah. Buah ini juga banyak kelihatan ditanam di halaman rumah, khususnya di kawasan pinggir bandar dengan tujuan hanya untuk keperluan makanan sekeluarga.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah senarai khasiat mangga harum manis yang boleh membantu anggota badan manusia agar lebih sihat dan cergas;
  • Mengandungi vitamin A dan C
  • Melancarkan pencernaan badan 
  • Mengatasi masaalah sembelit
  • Menstabilkan tekanan darah dalam badan
  • Membantu mengawal berat badan melalui penurunan lemak
  • Meningkatkan tahap konsentrasi fikiran dan penglihatan
  • Membantu memperkuat tenaga kestabilan badan
  • Mendorong kepada kesihatan jantung

Nota penting ; Adalah nasihat bersama agar mendapatkan nasihat atau rawatan Doktor terlebih dahulu, sekiranya tubuh badan rasa sensitif atau alergic (alahan) dengan buah-buahan tempatan.


Mangga Harum Manis 
yang baru gugur dari pokoknya di Kebun 
kelihatan masak dan segar 


Santai Menikmati Mangga Harum Manis
Santai menikmati mangga harum manis



Sumber rujukan:
  1. Laman Facebook Jabatan Pertanian dan Kesihatan Negeri Kedah
  2. Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (Mardi)
  3. Intisari online

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri