Biodata Sherry Alhadad, Artis

Biodata Sherry Alhadad, Artis

Biodata Sherry Alhadad, Artis


Sepintas lalu

Sherry Alhadad adalah salah seorang artis yang memiliki perwatakan ceria semasa berada di dunia lakonan dan juga pentas persembahan.

Dia juga sentiasa kelihatan mesra dan peramah kepada masyarakat, apatalagi kepada para peminatnya. 


Nama sebenar:

Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad


Nama popular:

  • Sherry Alhadad


Asal:

  • Negeri Sarawak


Tarikh lahir:

  • 17 November 1984

Pekerjaan:
  • Pengacara
  • Pelawak
  • Pelakon



Biodata Sherry Alhadad, Artis



Beliau juga adalah salah seorang tenaga pengajar atau pensyarah dalam bidang seni di akademi Aswara.

Sherry Alhadad berdarah keturunan Terengganu di sebelah bapa dan Sarawak di sebelah ibu, menetap di Taman Melati Selangor dari semenjak kecil sehingga kini. Sherry mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Dua, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati dan Akademi Seni Kebangsaan di peringkat Diploma.

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Seni Persembahan Teater dengan kepujian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan kini beliau salah seorang tutor di akademi itu.


Klik link dan ikuti artikal lain yang bermanfaat:

Tip Jimat Penggunaan Tenaga Elektrik Di Rumah



Permulaan kehidupan awal, Sherry melibatkan diri dalam bidang seni bermula menerusi teater Atap Genting Atap Rumbia (2004) arahan Marlia Musa ketika melanjutkan pengajiannya. Teater sudah diakuinya sebagai makanan penting. Dalam pada itu, Sherry pernah beraksi dalam teater yang pecah panggung seperti watak penting sebagai Nyonya dalam Mak Dara Nyonya (2011) dan Nyonya & The Gang (2012). Bekerja bersama pengarah Rosminah Tahir, beliau bekerja bersama penyanyi terkenal Misha Omar dan Amy Mastura dalam beberapa lagi siri pementasan serupa. Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk beliau menukarkan namanya itu selepas tamat pementasan teater Mak Dara Nyonya. Selain itu beliau juga muncul dalam teater Asmara-ra All Stars (2014) bersama Sharifah Amani dan Siti Saleha. Projek teaternya yang paling ikonik ialah siri teater Projek Disko Baldi bersama ensembel seperti Redza Minhat, Iedil Putra, Sharmaine Othman, Tuan Faisal, Asyraf Zain, Megat Shahrizal dan Farah Rani yang kemenangan manis di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-10 sebagai pemenang Anugerah Pilihan Penonton Kakiseni bagi kategori teater. Bersama Disko Baldi mereka pernah menjayakan pementasan Projek Disko Baldi (2012), PBD: Dreams (2013) dan PBD: Muzikal, Boleh Tinggi Lagi (2014). Produksi ini malahan diundang oleh stesen 8TV untuk menerbitkan rancangan serupa sebanyak 13 episod pada tahun 2013. wikipedia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru