Biodata Dini Schatzmann, Artis

Biodata Dini Schatzmann, Artis

Biodata Dini Schatzmann, Artis


Sepintas lalu.

Dini Azan Schatzmann merupakan salah seorang pelakon lelaki Malaysia kelahiran Switzerland. Beliau mula dikenali di layar seni setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan drama Bukan Cinta Aku. 



Biodata Dini Schatzmann, Artis



Perwatakan santai serta berkeyakinan tinggi membuatkan beliau melonjak di persada seni dengan rancak.


Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal daripada Pulau Pinang, manakala bapanya pula daripada Switzerland.



Maklumat Diri.

Nama penuh:
  • Dini Azan Schatzmann

Tarikh lahir:
  • 17 Oktober 1994 

Umur pada tahun 2023:
  • 29 tahun

Asal:
  • Pulau Pinang, Malaysia

Tingkat Pendidikan:
  • Ijazah bidang kejuruteraan, 


Pusat Pendidikan:
  • Universiti British Columbia, Kanada

Pekerjaan:
  • Pelakon

Pasangan
  • Janna Nick (k. 2023) 





Ikuti artikal lain yang bermanfaat;

👉 Biodata Janna Nick







Sejarah Kerjaya.

Beliau mula menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa pengarah dan penerbit. Tidak menyesal kerana mengikuti pengajian dalam kejuruteraan kerana menganggapmya demi memenuhi impian kedua ibu bapanya.

Hanya selepas dua tahun berada dalam pengajian, Dini mula merasa jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni. Berbekalkan azam untuk mencipta nama dalam kerjayanya itu, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar dan juga kelas bahasa Melayu. 

Beliau mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau mengakui kemahiran bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa kebangsaan itu.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru