Biodata Cat Farish, Artis

Biodata Cat Farish, Artis

Biodata Cat Farish, Artis


Sepintas lalu,

Farish Ramli atau lebih dikenali sebagai panggilan Cat Farish dilahirkan pada tarikh 12 Julai 1974 dan berasal dari negeri Perak.

Beliau merupakan salah seorang pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengarah Malaysia dan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge.

Cat mula mengasaskan Ruffedge pada tahun 1997 dan merupakan penyanyi rap bagi kumpulan berkenaan. Sejurus itu, beliau kemudiannya mewujudkan kumpulan muziknya sendiri, The Fabulous Cats pada tahun 2006 dan Tiga Swagger pada 2014. 




Biodata Cat Farish, Artis




Beliau turut menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artis baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa. Beliau turut memiliki sebuah studio muzik di Kuala Lumpur.





Klik link dan ikuti artikal lain yang bermanfaat:







Permulaan kerjaya, Cat Farish merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge sewaktu penubuhannya pada 1998, bersama-sama dengan tiga ahlinya yang lain termasuk Azan Addin, Zain Hamid dan Mode. Beliau bersama rakan-rakan Ruffedge muncul dalam lagu nyanyian kumpulan Too Phat, "Too Phat Baby" yang dimuatkan dalam album sulung Too Phat, Whuttadilly?! (1999) serta lagu "Tell Shorty" (turut menampilkan kumpulan VE) dari album ketiga kumpulan itu, 360° (2003).



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru