Biodata Lee Zii Jia, Atlet

Biodata Lee Zii Jia, Atlet

Biodata Lee Zii Jia, Pemain Sukan  Badminton


Lee zii jia, merupakan anak kelahiran Negeri Kedah yang aktif dalam aktiviti sukan sejak di bangku sekolah. Kini, beliau merupakan salah seorang atlet sukan negara dalam sukan badminton.


Maklumat diri

Nama penuh:

  • En. Lee Zii Jia 

Nama panggilan:

  • Zii jia

Tarikh lahir:

  • 29 Mac 1998

Umur pada tahun 2022:

  • 24 Tahun

Negeri kelahiran:

  • Alor setar, kedah

Tempat tinggal:

  • Bukit kiara, kuala lumpur, Malaysia

Ketinggian:

  • 186 m

Kerjaya:

  • Pemain badminton 

Nama bapa:

  • En.Lee Chee Hin 

Nama ibu:

  • Pn.Leow Siet Peng, 

Sekolah rendah:

  • SJKC Keat Hwa

Lanjut persekolahan:

  • Sekolah Sukan Bukit Jalil


sumber: wikipedia

Biodata Lee Zii Jia, Atlet



Pencapaian kerjaya

  • Tahun 2016

Pada November tahun 2016, Lee Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkat separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.


  • Tahun 2017

Pada Februari tahun 2017, Lee Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, Lee Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Polish International. Seterusnya, Lee Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger


  • Tahun 2018

Pada Oktober tahun 2018, Lee Zii Jia berjaya mara peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu ranking dunia no. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang menentang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.


  • Tahun 2019

Pada Ogos tahun 2019, Lee Zii Jia sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, namun tewas kepada Chou Tien-chen. Lee Zii Jia seterusnya layakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir. Pencapaian beliau meningkatkan rangking dunia BWF, Lee Zii Jia mencatat no.11 pada 12 November 2019. Pada bulan Disember, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019, dan juga memungut pingat perak acara lelaki berpasukan.


  • Tahun 2020

Pada awal 2020, Lee Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia. Pada bulan Februari, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan. Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.


Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee Zii Jia seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi pertamanya di kejohanan ini kerana kedudukannya sebelum ini terlalu rendah untuk melayakkan diri. Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peringkat separuh akhir, Lee Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama 73 minit. Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020


  • Tahun 2021

Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru