Biodata Imam Ahmad ibn Hanbal

Biodata Imam Ahmad ibn Hanbal

Biodata Imam Ahmad ibn Hanbal


Imam Ahmad ibn Hanbal (Bahasa Arab: ‏‎‎‎‎‎‎‎‎أحمد بن حنبل‏‎‎‎‏‎‎‎ ‎‎‎‎‎‎‎ Ahmad bin Hanbal) (780 [164 AH] - 855 [241 AH]) merupakan sarjana Muslim dan ahli teologi. Selain daripada pengasas mazhab z beliau berperanan sebagai Imam Darul Salam, Mufti di Iraq dan juga seorang Ahli Hadith yang zuhud, soleh serta sabar di dalam menghadapi dugaan. Seorang manusia yang paling hafal hadith rasulullah saw beserta sanadnya sebanyak satu juta. Tiada sesiapa yang mampu menandingi kehebatannya. Imam Ahmad dikenang sehingga ke hari ini.




Biodata Imam Ahmad ibn Hanbal




Kelahiran dan Keturunan

Nama penuhnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Habban bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Mazin bin Asyaiban bin Zahal bin Ta'labah bin Akasyah bin Syaab bin Ali bin Bakar bin Wa'il bin Qasyid bin Hanab bin Aqsi bin Da'mi bin Jadilah bin Asad bin Rabiah bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan terkenal dengan gelaran Abu `Abdillah al-Shaybani (أحمد بن محمد بن حنبل أبو عبدالله الشيباني). Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah S.A.W pada Mazin bin Ma'ad bin Adnan.


Ahmad ibn Hanbal dilahirkan di Baghdad pada 20 Rabiul Awal tahun 164 Hijrah bersamaan 780 Masehi. Pada ketika itu Imam Abu Hanifah pengasas mazhab Hanafi telah pun meninggal dunia kira-kira 14 tahun yang lalu. Imam Malik pada ketika itu berusia 71 tahun. Manakala Imam Syafie baru berusia 14 tahun. Beliau lebih dikenali dengan nama datuknya Hanbal kerana datuknya adalah merupakan seorang Gabenor yang amat masyhur di Khurasan ketika pemerintahan Kerajaan bani Umayyah. Manakala ayah Imam Ahmad iaitu Muhammad pula adalah merupakan seorang tentera Bani Hasyim. Beliau meninggal dunia ketika berusia 30 tahun. Imam Ahmad dipelihara oleh ibunya yang bernama Safiyyah binti Maimunah binti Abdul Malik bin Sawadah bin Hindun As Syaibani . Kedua-dua ibu dan bapanya merupakan keturunan arab asli daripada suku Syaiban. Kebanyakan suku Syaiban menetap di Basrah. Kerana itu Imam Ahmad juga digelar Al-Basri.


Perjalanan menuntut ilmu

Bapanya meninggal sewaktu beliau masih kecil. Beliau hidup bersama ibunya. Sebahagian ahli sejarah menceritakan bahawa ibunya menyuruhnya menghafaz Al Quran dan beliau telah menghafaznya sewaktu berusia 10 tahun. Setiap hari ibunya akan membangunkannya di awal pagi persiapkannya serta membawanya bersolat subuh di masjid yang kedudukannya jauh dalam keadaan cuaca yang sejuk.


Ketika Imam Ahmad berusia 15 tahun beliau mula menuntut ilmu hadith di Baghdad, Kufah, Mekah dan Madinah. Tiba di madinah beliau tidak sempat bertemu dengan Imam Malik yang meninggal pada tahun 179 Hijrah. Imam Ahmad keluar menuntut ilmu dalam keadaan miskin. Ibunya berkata, "Aku serahkan dikau kepada Allah swt yang mana Allah, jika kita serahkan barang pada-Nya nescaya tidak akan hilang. Pergilah mengaji hadith". Ibunya mengikatkan gandum, garam dan lain-lainnya sebagai bekalannya. Banyak negeri beliau mengembara ke Kufah, Basrah, Madinah, Mekah. Antara riwayat yang menceritakan kisahnya, beliau berkata'" Daku telah tersesat sewaktu dalam kembaraan ku dengan berjalan kaki ke Madinah sebanyak tiga kali. Setiap kali daku tersesat daku beristighfar kepada Allah serta berdoa; Aku menyebut " يا دليل الحائرين دُلّني "Wahai Yang menunjukkan jalan kepada orang-orang yang kehairanan... tolonglah tunjukkan daku". Kata Imam Ahmad, "kadang-kadang belum sempat selesai daku memohon, Tuhan telah tunjukkan jalan kepada ku."


Imam Ahmad minat utamanya adalah mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan hadith dan mengembara dengan meluas ke Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mendalami ilmu agama dan mengumpul sunnah Muhammad S.A.W


Ahmad bin Hanbal menuntut di Baghdad dan kemudiannya mengembara untuk meluaskan pengetahuan dan ilmunya. Beliau amat tertarik dengan pengajian Hadis dan mengembara ke seluruh pelosok Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mempelajari agama mengumpulkan hadis [[Rasulullah|Rasulullah S.A.W]].


Penulisan

Musnad

Penulisan Ahmad bin Hanbal yang paling agung ialah Musnad Ahmad bin Hanbal yang merupakan satu pengumpulan hadis. Karangannya yang lain termasuk Kitab-us-Salaat dan Kitab-us-Sunnah.


Kematian

Berkata anak kepada Imam Ahmad," Apabila bapaku telah dibawa keluar daripada penjara beliau semakin uzur dan lemah" Suatu hari anak beliau mendapati bapanya menangis di dalam bilik dalam kegelapan. Lalu anak nya bertanya,"Kenapa wahai ayah...?" Imam Ahmad jawab," Aku memikirkan bagaimanakah keadaannya apabila daku duduk di dalam kubur kelak...". Anak nya berkata," Ayahku, duduklah bersandar kerana ayah sudah uzur dan tidak larat" Imam Ahmad jawab," Bagaimanakah daku hendak bersandar sedangkan daku mendengar hadith di mana Allah berfirman," " أَنَا جَلِيسُ مَنْ ذَكَرَنِي " maksudnya :"Aku(Allah) lah yang duduk di samping orang yang duduk mengingati ku". Kata Imam Ahmad,"Tatkala hadith itu berbunyi 'Allah duduk', (**duduk di sini dengan kebesaran Allah tidak serupa dengan makhluq) maka daku ingin berbaring sambil daku mengingatiNya..." Lalu Imam Ahmad pun meninggal dunia.


Tatkala Imam Ahmad hendak meninggal beliau berkata , ( اللهمّ اغفر من ظلمني, اللهمّ اغفر من ضربني, اللهمّ اغفر من سجنني...إلّا صاحب البدعة. يكيد به الإسلام, فلا تسامحهم)" Ya Allah ampunkan lah dosa orang yang menzalimi ku, ya Allah ampunkan lah dosa orang yang pukul aku, ya Allah ampunkan lah dosa orang yang memenjarakan daku, melainkan janganlah engkau ampunkan orang-orang yang suka berbuat bid'ah. Kerana mereka lah yang banyak berbuat tipu daya tentang Islam maka janganlah Engkau ampuni mereka". wikipedia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Selamat Hari Guru